Quantcast
Channel: MIRA FILZAH
Viewing all 40 articles
Browse latest View live

Ceritera Cinta

$
0
0
Tajuk tak ada kaitan. Sila ignore. Tak tahu nk letak tajuk apa -.-

"Aku terima nikahnya ..... dengan mas kahwin .... tunaaaii".

Ehh ni bukan filem Aku Terima Nikahnya k. haha Mira nk cerita psl wedding kakak sedara je (: rasa syahdu sgt bila dgr pengantin lelaki lafaz akad nikah. Rasa sedih pun ada. Bila saat lafaz akad nikah tu, saya perhatikan je, muka ayah dan mak sedara saya. Apaaaa laahh dlm hati dorang bila depan mata dorang, saat tu, anak perempuan mereka telah pun jd isteri kpd sesorg. Automatik, tanggungjawab pun berpindah kepada si suami. hmm

Tp apa yg menariknya ttg perkahwinan kakak sedara Mira ni (nama dia Lisa), dia berkahwin dgn bf dia yg dah 7 tahun together. Lamaaaaaaa sgt :') rasa mcm sweet plak, hehe bukan senang tau satu hubungan yg tak ada ikatan sah utk bertahan sampai 7 tahun kan ? Tp adaaaa je yg lebih lama dpd tu pun ada. Ikut jodohlah kan, kalau ada insyaAllah sampai bila bila pun bertahan.

Tiba tiba je masa akad nikah tu, saya terfikir, mcm mana eh kalau saya dkt tempat pengantin ? Apa rasa dia ? Sedih ? Nervous ? Apa mak abah rasaaa ? Menangis tak dorg ? Maaacammm macam tau timbul dlm kepala otak ni. Haha alang alang dh fikir psl ni terus fikir nnt nikah nk baju warna apa, kahwin baju warna apa. haihhh -.-" dpd kecik memaangg suka berangan. 

k tak pe lah, kita sajikan awk awk semua dgn gambar gambaaar ye ! (: hehe gambar pengantin, dan gambar diri sendiri. #Eh!






kenalkaann, pengantin dan pengapit pengantin. hehe :p

Lace Ara Dress dgn Maggie Shawl dpd CalaQisya




Baju peplum dpd Zawara. Tudung bawal yg dibelit tah mcm mana :/

Gambar dpd : Phone sendiri
Syauqi Venture Creative &
Arepitz Imaginationz.


Ouh, lagi satu yg saya nk cerita psl adat perkahwinan. Hehe pernah dgr acara campak duit ? :D haaa ni saya pun baru tahu masa wedding kakak sedara hari tu. Lepas bersanding, malam tu ada buat makan makan dkt rumah, so mlm tu jgak ada dua acara, iaitu acara buka hadiah (k tu biasa je) dannnn acara campak duit.

Haa acara campak duit ni rasanya kalau family besar besar seronok lah kot. bayangkan, mak sedara Mira ni ada 18 org adik beradik. Besar tak besar keluarga ni ? haa main campak campak duit berapa tah boleh dpt. Hehe. Acara campak duit ni bg saya mcm sesi kenalkan saudara mara dkt menantu baru lah kan. Sbb acara ni, mula dgn ahli keluarga yg paling tuaaa, kemudian campak duit (sebenarnya letak je duit dlm bekas dpn pengantin, hehe) dkt pengantin diikut dgn yg paling mudaa. Yg dh kerja je lah.

Haa mlm tu jgak ada anugerah anugerah ! Hehe contoh anugerah, anugerah baju paling cantik, anugerah dayang2 tak diiktiraf, anugerah malapetaka, anugerah kanak kanak malapetaka, anugerah paling kecoh. haha seronooookkk sgt (: Ye lah, keluarga besar ni macam macam sikit kerenah. Tambah lg kalau wedding tu masing2 tlg antara satu sama lain kann. Ada yg buat kek jatuh lah apa lah, apa lah, so anugerah dia pelbagai sikit ! :p


 
Malam acara campak duit dan buka hadiah (:

Emmmm, ni soalan yg tak ada kaitaaannn. Sudahkah, andakah, belikah, Majalah Hijabista ? (:

shoot ni merupakan satu2nya shoot yg dpt diselit antara class yg sangaat pack ! haih time shoot ni pun sebenarnya kelam kabut sgt. Alhamdulillah, nasib baik hasil dia okay (: 

utk gambar selanjutnya, beli lah Hijabista edisi 6 - Disember.


P/S : Bersyukur sgt, walaupun dah banyak kali tolak shoot, tp tetap jgak wartawan panggil shoot sana sini. Banyak sgt dpt call utk shoot. Tp nk buat mcm manaa, mana ada masaaa. kalau nk skip class sbb shoot je mmg tak lah :/ insyaAllah, Mira akn aktif balik shoot2 semua ni thn depan lepas habis semester 1. hehe (aktif utk sebulan je)

"terima kasih yaAllah, atas segala rezeki yg telah kau berikah. Amin"


Apa kata alang2 lepas solat dah doa utk diri sendiri, keluarga semua tu kan ? Haa doa sekali untuk umat Islam yg lain. Untuk Gaza. Untuk Dunia dan untuk Akhirat. Selain boikot, derma, Mira rasa doa pun sangat penting. Lg ramai berdoa, lg Allah perkenankan doa kita. InsyaAllah



Safi Sari Mentimun

$
0
0


In Guardian Christmas Sale Campaign ! 
*Guardian's booklet*





:')

Coming Soon

$
0
0


Interested ? 

Coming soon this Sunday, insyaAllah (:



Luahan Hati di Pagi Hari -.-

$
0
0
YaAllaahhh geramnya hari nii, bukan hari ni k. SEKARANG ! pagi ni ! yaAllah yaAllah yaAllaaahhh, sabar sabar. 

Ni geram dah tahap gunung kinabalu sgt sbb tu luah dkt blog sbb semuaaa org dah pg class pepagi mcm ni ! 

K, selalunya saya mmg basuh baju pagi2, sebelum pg class. selalunya dkt mesin basuh tu saya akn tekan button "speed", so 20 minit je lah kan mesin tu basuh baju. sekejap. nk jadikan huru hara lagi, mesin basuh yg selalu saya gunaa nii, yg masuk duit kertas ni, yg baruuu nii, rosaakkk. hmmm k. lepas tu saya nampak mesin basuh lagi satu nii, yg guna duit syiling nii, yg LAMAAAAAAAAAA nii, kosong. mcm okay je kan, so saya pun tonggang lah sebaldi baju dlm mesin basuh pastu bergegas naik bilik cari duit syiling. minta semua roomate, kutip yg jatuh2 tu -.- nk cepat punya pasal kaann.

Tp mesin basuh ni lain sikit. dia mcm blurr jap nk tekan apa bg cepat, sbb tak nampak button speed, PLUS, mesin basuh ni tak tulis masa tahuu mcm mesin basuh baru. tekan tekan, tiba tiba tertekan START.OKAAYY, dkt tempat masuk duit syiling tu tulis 63 minit ke, 67 minit. haa nantak kau lah kan. time tu pukuuuuul 7.30 pagi. class pukul 8.30 tahu ! selalunya basuh baju pukul 7 pagi, 7.25 dah hbs, dah sidai semua, 8.15 boleh pg class. k ni dgn penuh sabar, mengucap banyak kali, bgtau kwn yg hari ni pg class lambat sikit kot. pukul 9 ! dahsyat kannnn suka hati je class 8.30 nk pg pukul 9 pagi. 

YE LAAAAAAAAHHH, tak kan nk biarkan baju tu dlm mesin basuh lama2. takkan nk terus je pg class, biarkan baju2 tu. nnt kang ada org nk guna mesin basuh kang, dia yg asingkan baju kita lah apa lah, nnt ada lah 'benda2 kecik' tercicir lah -.-' haa siapa susah ?! k. so tunggu laahhhh, mcm biasa, buat milo panas, baca2 buku sikit. dah 8.15 pagi ni turun lah dkt bilik basuh dgn hati gembira sbb lg 15 minit nk dkt habis mesin basuh. sampai2 je depan mesin basuh tgok mesin tu, ...... mesin tu tak gerak.

KAUUUUU STOP MESIN BASUHHH ?!! HAA KAUU STOP SENDIRIIIII ?! air dah bertakung, kau stop separuh jalan ! yaAllaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhh rasa nk goncang2 mesin basuh tu. hmm k sabar, sabaaaaaaaaaaarrr ni. pastu tekan2 lah mesin basuh tu mcm2 lah tekan button ni button tu, mesin tu gerak. TAPI slow yg amatnya, haa betul lah, mesin basuh tua. jam dah pukul 8.30 pagi ni. 

Lepas tu dh tunggu beberapa minit, mesin basuh sebelah ni dah hbs basuh baju siapa tah. saya pun apa lg, cepat cepat lah transfer baju org tu dlm bakul dia, bukak mesin basuh lama, ketuk2 dia jap tanda geram, lepas tu amik baju2 dlm mesin basuh tu yg DAH BASAH yg DAH SEPARUH JALAN BASUH, masuk tuka dalam mesin laainn. masuk duit baru, tekan2, pilih button "speed", terus naik bilik bukak laptop, bukak blog tulis entri ni -.- hmmm harap2 mesin ni tak buat hal. jangaann lah buat hal, :( class hr ni dpd pukul 8.30 pagi sampai 6 ptg tahu :'( malam ada kelas ganti Kesatria, kena kawad lg. hmmm dah siap dah ayu berjubah hitam hari ni, tgok2 mesin basuh buat hal. huwaaaaaa :'( *meraung* tak pernah jd mcm ni :( :( :( 

Demikan lah, saya terpaksa skip class Business Law pagi ni sbb mesin basuh. Alasan munasabah sgt !


mesin basuh BARU yg guna DUIT KERTAS, yg ada tulis MASA atas mesin basuh tu.




mesin basuh SEPARUH LAMA, dan LAMA yg guna DUIT SYILING, yg TAK ADA MASA TULIS ATAS MESIN BASUH SO MCM MANA NK TAHU BERAPA LAMA ?! so tengok lah masa dkt kotak hitam dkt atas ni kan. haa tah boleh percaya ke tak masa awal2 saya masuk duit syiling, dia tulis 60 minit++. 


Sekian itu sahaja cerita saya pada pagi ni, Assalamualaikum. kbye !

Shawl Paisley

$
0
0

SETIAP SHAWL HANYA ADA SATU HELAI SAHAJA. ORG YG PERTAMA BOOK DAN BAYAR, AKN DIUTAMAKAN. (sesetengah shawl shj yg ada dua helai)

Shawl :RM30
Postage :RM5

KOD : Paisley HG
Combination warna HITAM dan GOLD. mcm corak kain batik Indon sikit (:
SOLD OUT *NUR AZNAYANTI*

Kod : Paisley HTKG
Combination corak paisley warna HIJAU TUA, KELABU dan GOLD ! <3
BOOKED *FARRAH HANANY*

Kod : Paisley MK
Combination warna MUSTARD dan KELABU. Favourite ! 
SOLD OUT

KOD : Paisley HP
Combination warna HIJAU CAIR dengan PUTIH (:

Kod : Paisley HKG
Combination corak Paisley tiga warna, HITAM, KELABU dan GOLD.
SOLD OUT *SHAZMEEN IZZATY*

Kod : Paisley BPH
Combination corak bunga dgn stripes warna BROWN, PINK dan HIJAU! 
1. SOLD OUT *ZUBAIDAH IBRAHIM*
2. BOOKED *AISYAH SHARIL*

Kod : Paisley BG
Combination corak Paisley warna BIRUUUU dgn LIGHT GOLD (:
SOLD OUT *MARNI SALIMA*

Kod : Paisley BCO
Combination warna BIRU CAIR dan ORANGE. (orange brown sikit warna dia)
SOLD OUT *SHAZMEEN IZZATY*

Kod : Paisley HO
Dlm gambar nampak warna biru, sebenarnya warna HIJAU (: hijau dia mcm warna hijau dkt gambar bwh ni. lebih kurang mcm tu lah. Combinantion Hijau dgn Orange. 
SOLD OUT *NUR AZNAYANTI*


Kod : Paisley PGH
Combination warna Purple, Gold dan Hijau. Sukaaa sgt ni ! <3
1. SOLD OUT *SHAZMEEN IZZATY*
2. SOLD OUT *SHARIFAH NUR DIANA*

Kod : Paisley MO
Siapa suka merah mesti suka nii :D Paisley warna MERAH dan ORANGE.
SOLD OUT *MARNI SALIMA*

Kod : Paisley HB
haa ni lagi satu problem gambar. ni bukan warna biru tau. tp warna HIJAU turqoise. mcm hijau+turqoise. ada warna LIGHT BROWN sikit corak dia.

Kod : Paisley MBG
Lagi favourite ! Combination warna MERAH, BIRU dan GOLD (:
SOLD OUT *FAUZIAHANIM*

Kod : Paisley PKG
Combination corak Paisley tiga warna, PUTIH, KELABU dan GOLD.



Patutnya semuaa ada 18 corak yg berlainan, tp Opah dah pilih dan beli awal awaaal lg. so gambar shawl tu tak dimasukkan dkt sini ye (:

ANGGARANUKURAN 
Panjang : 177 cm
Lebar 54 cm

P/S : Shawl ni tak lah panjang atau lebar manaaa, tp kalau betul gaya dan caranya, shawl ni boleh pakai sampai labuh tutup dada penuh mcm gambar gambar dkt atas (:

Sesiapa yg berminat, boleh email saya nama, kod tudung, alamat dgn phone number (mirafilzah@yahoo.com) nanti saya akan msg amaun harga sebenar yg perlu dibayar termasuk harga postage. 

**ORDER HANYA BOLEH DIBUAT PADA HARI INI, SELASA DAN RABU SAHAJA (3 Dis-5 Dis). Setelah di'confirm'kan semuaa, hehe, payment perlu dibuat dlm masa 48 jam. Penghantaran akn dibuat pada hari Isnin, 10 Dis.

** Saya hanya akn reply email, pada waktu malam shj bergantung pada jadual aktiviti saya dkt UiTM. sbb minggu ni setiap malam saya ada aktiviti, pagi petang plak ada kelas. Kalau ada email yg lambat saya balas tu, saya awal awal nk minta maaf tau ? :(

boleh click gambar utk tengok dgn lebih jelas.
















Siapa nak Rainbow Al-Quran ?

$
0
0
Assalamualaikum,

setelah sekian lama berlalu, this is my first post for 2013 ! Yeaayy ! :D haha. Err, last update 3 Dec k. LAMAAAAAAAANYAAA.

K memandangkan final exam sudah habisss, meh kita berbisnes plak. Cuti sem sebulan ni kena kumpul duit bebanyak. hikhik


Pernah nampak Rainbow Al-Quran ni dlm blog Dian Pelangi ? Cantik kan (:

Rainbow Al-Quran ni pun sebenarnya ada jual dkt Indonesia je, dkt Malaysia rasanya tak ada lg kot. Sooooo skrg Mira nk offer korang semua, siapa nk beli Rainbow Al-Quran ni ?! :D 

Sesiapa yg naaaakkk, boleh order dkt Mira, lepas tu Mira order dkt org, lepas tu org tu order dkt Indonesia. Hehehe, Mira ni jd org tengah je sebenarnyaa, bukan buat bisnes sendiri punnnnnn :p Mira pun nk order satu ! Tak mahal puuuunnn, Al-Quran kan boleh simpan sepanjang hidup, sampai bila bila (:

Harga :RM120
Size :12cm x 16cm
(kecik je, lebih sikit panjang pembaris :p mudah dibawa kemana mana)


Kod: Magenta

Kod: Light Pink

Kod: Purple

Kod: Red

Kod: Light Blue

Kod: Mustard





Cantikkkk kaannn :')

Nak order ? :D begini caranya yaaaaaaaa.

Ini  adalah PRE ORDER. saya ulang, PRE ORDER.
(selalunya PRE ORDER ni tak boleh dpt cpt cpt sgt. Hehehe :p)


TarikhBUKA&TUTUPPRE ORDER:

BUKA: 20 JAN 2013

TUTUP:27 JAN 2013


Sebab 28 JAN, Mira kena bank in dah dkt org tu lepas tu org tu akan bank in dkt  supplier di INDONESIA 30 JAN 2013.

PRE ORDER ambil masa 2 hingga3 minggu. Stok InsyaAllah ready pada minggu ke2 atau ke3 FEBRUARY 2013. 

**Sesiapa yg berminat, boleh email Mira NAMA penuh, KOD warna Al-Quran, ALAMAT dgn PHONE NUMBER (mirafilzah@yahoo.com) nanti Mira akan bg confirmation msg k sayang semua (:

Taaapii, Mira harap sgt semua tulis maklumat ni dgn jelas eh. Ikut format cam gini:

NAMA: SITI ZABEDAH BINTI SAOD

KOD WARNA: MAGENTA

ALAMAT: NO. 23 JALAN PELANGI,
             TAMAN PELANGI, SG. PETANI. 
         (k suka hati je -.-)

PHONE NUM: 013-3369918

CONTOOOHHH (:

Sbb hari tu masa Mira ambil order shawl, macam macam jenis org bg Mira email. Kdg2 Mira pun tak faham. Nama penuh pun tak bg, baca nama email 'gegurlz99@yahoo.com', tak kan Mira nk panggil dia Cik Gegurlz :( 


P/S: Tiada harga postage dikenakaannn. Happynyaaa ! :D Mira start check email malam esk k (;*winkwink*

International Conference On Consumerism 2013

$
0
0
Assalamualaikum, 

hari ni Mira nk promote sikit psl International Conference on Consumerism 2013. Semua tahu kan "Consumerism" tu apaaaa kaann ? (:

hari ni Mira nak ckp psl hak pengguna sikit. hehe formal plak entri kita kali ni :p tp tak pe ! Hak pengguna tu penting k. *muka serious* Kita sebagai pengguna patut tahu hak kita. Jangan pandang remeh hal hal mcm ni. Kdg2 kita ni sebagai pengguna boleh kena tipu lah apa lah, so we should aware psl benda benda kecik mcm ni. Contoh, pernah tak korang beli sesuatu barangg, balik rumah korang dpt tahu barang tu rosak, bila nk tukar balik tak boleh. Pernah tak ? Rasa rugii sgt kan. Rasa mcm kena tipu pun ada ! So ini lah masanya utk kita tahu hak hak kita sbgai pengguna.

Pernah kita ambil tahu hak hak kita sebagai pengguna ? Haaa. Kita ada 8 hak pengguna:

1. Hak utk mendapat keperluan asas
2. Hak utk dpt barang dan perkhidmatan yg selamat
3. Hak utk mendapat maklumat
4. Hak utk membuat pilihan
5. Hak utk menyuarakan pendapat
6. Hak utk dpt ganti rugi 
7. Hak utk mendapat pendidikan pengguna
8. Hak utk hidup dlm alam sekitar yg sihat dan selamat


Bawah ni ada short note sikit psl International Conference on Consumerism 2013, 



"Assalamualaikum, salam sejahtera and Happy Thaipusam to all Hindus out there!
Adakah anda pernah ambil kisah mengenai apa yang berlaku setiap kali musim perayaan? Adakah anda pernah ke pasar untuk membeli bahan basah dan tanpa sedar harga barangan tersebut meningkat saban tahun? Adakah anda pernah membeli pengering rambut dan selepas gunakan tak sampai sebulan, ianya rosak dan anda gagal untuk mendapatkan ganti rugi daripada penjual?

Sebagai seorang manusia biasa, hidup sebagai salah satu bahagian dalam masyarakat anda pasti akan mengalami situasi-situasi di atas. Tidak kira la anda merupakan seorang peguam, seorang guru atau seorang suri rumah sepenuh masa, anda mesti sekurang-kurangnya ambil peduli terhadap apa yang berlaku kerana pada hari ini, pada ketika anda membaca ini masih ramai lagi di antara kita yang tak tahu ataupun buat-buat tak tahu terhadap hak-hak kita sebagai seorang pengguna. Ya, hak anda sebagai pengguna lebih daripada sekadar warranty dan ganti rugi.

Oleh sebab itu, saya menjemput saudara-saudari, tidak kira latar belakang sama ada anda merupakan seorang pensyarah, kaki Twitter atau Facebook, peguam, pelajar undang-undang, ahli perniagaan, suri rumah, model sambilan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai kami di dalam International Conference on Consumerismyang akan berlangsung pada 27 Mac 2013di Hotel Equatorial Bangi. Program satu hari ini dijalankan dengan kerjasama Consumers International yang beribu pejabat di London dan Sekolah Undang-Undang UKM.  Selain menarik minat industrialis untuk melihat pelbagai aspek consumerism, program ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada pelbagai latar belakang masyarakat untuk berbincang mengenai undang-undang pengguna dan kepenggunaan selain mendedahkan peserta terhadap pelbagai hak dan kepentingan di dalam celah-celah kepenggunaan ini.

Suatu pelaburan yang kita semua tidak harus sesali adalah pelaburan untuk menuntut ilmu dan lebih-lebih lagi ilmu mengenai kepenggunaanini melebihi ilmu sains, matematik dan bahasa kerana kepenggunaan itu sendiri melangkaui aspek yang jauh lebih besar dari ilmu-ilmu yang disebutkan tadi. Jangan lepaskan peluang kerana sehingga hari ini kami sudah mempunyai lebih 80 pembentang kertas kerja daripada dalam dan luar negara, selain akan didahului dengan tiga ucaptama dari Profesor Undang-Undang dari Jepun, Arab Saudi dan Consumers International sendiri. 

Untuk pendaftaran anda boleh rujuk ke website www.ukm.my/icc2013/
Atau hubungi terus Ms Rohaidaa Shaari di Pejabat Am Sekolah Undang-Undang UKM di talian
 03-89216820 atau 03- 89216355
Atau anda boleh emailkan sebarang pertanyaan ke iccukm2013.gmail.com
Jangan lepaskan peluang ini kerana kami ada harga khas untuk pelajar.
*Penulis adalah pelajar di Sekolah Undang-Undang UKM dan merupakan Ahli Jawatankuasa ICC2013"


Ayuh semua mahasiswa, mahasiswi, pak cik pak cik, mak cik mak cik ! 
Jom kita pg International Conference on Consumerism ni utk tahu hak hak kita sebagai pengguna ! haa yg students UKM ni digalakkan pg, hehe siapa lg nk sokong program Universiti kalau bukan pelajarnya sendiri kan ? (:

P/S: Semua yg tulisan warna pink tu Mira yg buat, hehehehe :p bg ceriaaa sikit ! Cuba baca tulisan yg warna pink tu semua ?! Cool tak cool ada profesor dpd Jepun dgn Arab Saudi ! So sesiapa yg berminat utk join conference ni boleh contact number yg ada tertera diatas yeee (:






Weddings !

$
0
0
Assalamualaikum (:

Just one question to ask. Do you love wedding, girls ? I do ! I love weddings sooooo much ! The dress, the cake, the people, the surroundings of wedding itself ! So perfect ! and the moment, is so precious.

For anyone who is getting married, of course, the wedding day is so important to them. Especially to the ladies ! kaann, macam fussy sikit pasal benda ni. Haha, so here's a suggestion ladies ! Especially for young couples, mesti suka tengok gambar gambar ni semua (:



You're going to understand why I suggest the Soulart Studio (: Just enjoooyy the beautiful photos below !
















How can you not love this ?! yaAllah, this is so beautiful. SoulartStudio's design is so modern and unique ! Look at the cute blue vespa, the frame, the white flowers and the pillows ! This is so vintage ! It is simple but very nice. Kan ? (:




(Morroccan Theme)



Nice and simple kan untuk pelamin tunang? (:

Look ! They also design for your photo booth and guest booth !



The cute photo booth !

The guest booth !
Haih, terasa nak kahwin cepat plak :p

And they can design for your wedding invitation card too (:

I just love this so much !

So who's getting married this year or next year ? Me ? Not. Haha, you can contact Soulart Studio for you dream wedding (: I'm so sure, you gonna love it.

For more photos and information, kindly please visit SoulartStudio page.








Indescribable feeling

$
0
0



"Love is never easy and distance 
doesn't make it any easier by any means.

But it does make you realize what you want,
what you need and most importantly
realizing that one person you
don't mind missing,
because it's the one person you
can't live without" <3
                                           

Photography by Asrixs Ai


HIJAB TUTORIAL: Almas Shawl from OHB

$
0
0
Assalamualaikum,

How's your Saturday readers ? I have two simple tutorials for you, hope you like it ! (:

Btw, this is the new collection of Online Hijab Boutique (OHB), Polka Dot Almasshawl (half-moon shape with half printed and half plain)


FIRST TUTORIAL :




SECOND TUTORIAL :




TADAAA ! Hehe siap ! :D


 And this is the combination of two Almas Shawl ! 
Try to spend few minutes in front of your mirror to try some new styles.
Tak salah kalau kita mencuba pelbagai gaya ASALKAN tak keterlaluan (:



 That's all for today people, bye bye ! 

*Where to buy this shawl ? Visit www.onlinehijab.com (OHB)

P/S: Photos taken by phone. Sorry for the not-so-clear photos. Hehe





New Cover for Tab !

$
0
0
Assalamualaikum ! *lambai tangan*

Dh beberapa minggu tak update blog, rasa mcm banyaaakk je nk storymory tapi time nk update je terus lupa ! hehe :p

Sejak cuti semester ni rajin duduk rumaahh, so banyak lah sikit shopping online sebab malas keluar kaaannn, rajin lah menunggu abang pos laju hantar barang. Hehe. And one of the "barang" yg ditunggu2kan tuuuuu,




Tadaaaaaa !
New cover for my tab ! Hehe :D

Nak jgak tak mcm nii nak taakkk ?

Cuba singgah Lynz Studio !

Banyaaaakk sgt design yg cantikcantik. Utk iPad, Tab, phone, semuanya custom made yg cantikcantik :')

untuk Facebook plak, boleh singgah Impressions39.

Selamat ber-online shopping ! :*

Coming Soon on Astro Ria !

$
0
0
Hi and Assalamualaikum semua ! (:

It's been a while kan since my last post. My last post was on February ! Okay, update blog pun malas -.-

I've been busy lately sejak masuk semester 2 ni and I'm going to be sooooo busy for the next two weeks ! Yeaayy, syukur Alhamdulillah for everything. I'm so excited !

For those yg follow my Instagram, maybe ada yg dah tahu what I'm going to do for the next two weeks. My drama shooting starts next week, InsyaAllah kalau tak ada apa apa halangan (: Weeeell, as you know this is my first time berlakon ! Yeahh, mcm rasa pelik sikit tibatiba je kan berlakon, tapi apa apa pun semua start dgn "first time" kaaaaan, soooo kalau tak ada "first time", tak ada lah semua niiii. Mcm modelling Mira dulu pun ada "first time" and ada "susahsusah" dulu baru "senangsenang" kemudian. You learn from experience that you get (: Lagi banyak pengalaman yg kita dapat, lagi banyak yg kita belajar.

Okay maybe ada yg tertanya2, mcm mana dpt offer, what is the drama about and etc. Before this, Mira dpt few jgak lah offer to be a host. Tp utk jd host ni sgt lah tak sesuai utk full time student mcm Mira. You have to travel, pergi sana sini, shooting pun lamaa, so its quite difficult for me to adjust my  class schedule. Hehe plus Mira study dkt UiTM, so mana boleh tukar sesuka hati kaaannn jadual, haha so mcm tu lah (:

Daaannn, pada suatu hari, Mira dpt offer utk berlakon. This is a short drama, so shooting pun maybe dlm 10 days je. So why not ? 10 days tak lama lah kan bg Mira and they (the production) can arrange my shooting schedule ikut my class schedule, so Alhamdulillah semuanya dipermudahkan (: 

The drama is about Laila who owns a blog named 'Dunia Lola'. Okay dah tu je duluuuu :p The drama is one of the segment dlm one new tv show, Hijabista tv show. This tv show ada few segments mcm travel, make over, interview celebrities aaaaaaannd the last segment dlm tv show ni drama lah. The whole tv show ni adalah collaboration Hijabista magazine, Sunsilk dgn Red Communications (:

K dah :p Tu je Mira boleh bg tahu, kalau nak tahu lg, dont forget to watch Hijabista tv show on Astro Ria, coming soon this May insyaAllah !



With the hosts of Hijabista tv show, Faatin, Yasmin, Dayah and Reen <3

Cantiknyaaaa kakak kakak ni :') They're like my big sistersss, bcause I'm the youngest ! Hehe :P


P/S: 

The boyfriend in Dunia Lola. 

Byeee ! (: Thanks for reading people :*




"May Allah ease everything, amin"

Neon Fashion !

$
0
0
Hi, Assalamualaikum !

How are you today people ? (: 

Sejak Mira dpt invitation dpd Kak Suzi (editor Hijabista) utk One Year Anny Hijabista, Mira start google cari baju apa yg sesuai, warna apa yg menarik. Annnnnnddddd,



I started to fall in love withNEONCOLOURS

Check this out ! Cantikkkkk kaannn :D







Mira jarang pakai bright colours sbb takut nampak over. And for me, Mira prefer simple but nice. Hehe, tp neon colours sangat cantik k ! TAPI. Kalau kita mix banyak sgt neon colours, boleh nampak macaaaaaaaamm "err", too colourful or too bright maybe ? Here's a tip utk tak nampak over kalau pakai neon colours ! (:

Matchkan neon colours dgn warna hitam atau putih, or maybe cream atau any soft colours. Cuba tengok ni !




 





P/S : Mira bukan jenis yg up-to-date sangat psl fashion. Mana Mira tahu, tahu lah. Mana tak tahu, tak tahu lah. Hehe :p

Sumber gambar : Google 












JHijab Launch and Sale !

$
0
0
Hi, Assalamualaikum (:

Mira nk invite korang semua ke JHijab& JLuxe Lauch and Sale ! 




JLuxe danJHijab adalah koleksi2 baru baju dan tudung dpd Jovian Mandagie ! (: Hehehe, siapa yg tgh sibuk2 nk cari baju dgn tudung baru utk Raya nnt, meh lah dtg.

Caaannntikk sgt koleksi2 baru ni ! Sesiapa free, dtg lah k (: Mira akn ada dkt sana dpd pukul 12 tgh hari sampai 4 ptg.

For more information, korang boleh tgok dkt insta Jovian atau pun insta Mira under nama "j_mirafilzah" k ? :D

See you there ! <3



P/S: Mungkin ada yg dh tahu, mungkin ada yg belum lg tahu. Mira dah officially jadi face of JHijab by Jovian Mandagie.Alhamdulillah (: insyaAllah nnt Mira akn share sikit story psl JHijab ni nanti k (: 

First and Second Day shooting Dunia Lola

$
0
0
Assalamualaikum (:

Semuanya sedia maklum di twitter *ececehh* hehe Hijabista TV Show dan Dunia Lola akan mula bersiaran di Astro Ria pada 12 Mei 2013, pukul 7 ptg. So maknanya start 12 Mei nnt, Hijabista TV Show ni akn bersiaran setiap Ahad dan ulangan hari Jumaat ! (:



Tuhan je tahu nervous dlm hati ni nk tgok lakonan sendiri dkt tv. Takut mcm mana reaksi org nanti, boleh terima ke tak ? Sbb nanti mst ada org akn kritik ke comment ke, tu kena bersedialah kan, perkara biasa. Tp Dunia Lola ni skjp2 je episod dia, mcm Impian Ilyana dulu masa Diana Amir baru2 berlakon ! Rasanya dlm 8 to 10 minutes per episode sbb drama ni one of the segment dlm Hijabista TV Show ni.

So hari ni Mira nk cerita sikit pengalaman Mira berlakon, first time ! 






First day.

First day Mira, start dgn semuaaaaa scenes Mira seorang dlm rumah. Maknanya first day Mira berlakon tu mmg Mira alone tak ada pelakon lain. Mira sorang je pelakon. yaAllah, takut yg teramat amat takut dlm hati ni. Mcm mcm timbul dlm kepala. Jujur Mira ckp, first day ni Mira struggle sangat sangat. Awal2 tu okay lg, sbb pagi kan, kita pun semangat, segar, tp bila dh shooting sampai ke  malam semua scene Mira sorang plak, lama lama semangat tu turun. Haih. Kaauuuu dh terima, sign kontrak baru nk takut2 ! Haaa amik kau !

Scenes yg Mira buat first day ni bukan first episod tau, maknanya semuaaa scenes yg Mira sorang, tak kisah lah first episod ke, second ke, episod ke tujuh ke, asal yg ada scene Mira sorang, buat hari tu. Director ckp Mira banyak control senyum ! Dah mmg Mira dah terbiasa control senyum dpn camera masa photoshoot, jd senyum tu mmg automatic keluar bila director suruh senyum. Bayangkan Mira nk buang "control" tu susah sgt. Mira mmg dh biasa sgt, sbb banyaakkk dh photoshoot yg Mira buat, Mira bg senyuman yg sama, Mira belajar utk control senyum tu, maintain senyum yg sama utk photoshoot. Jd bila berlakon ni Mira rasa susaaahh sgt. Mira cuba, tp director still ckp benda yg sama. "CONTROL". Tu yg lama lama down tu :"(

Start shoot masa first day tu pagi, habis around 10 mlm mcm tu sbb itupun ada lg few scenes yg tak hbs. First day tu Mira rasa penaaat sgt, tak pernah kan berlakon. Hmm, sbnrnya last scene yg Mira buat masa first day tu, Mira mcm down sikit dgn diri sendiri sbb Mira tak boleh buat dgn baik. Tah lah, tak tahu mcm mana nk describe perasaan ni. Bila habis je shooting mlm tu, Mira balik, masuk dlm kereta, berjuraaiiii air mata ni keluar. Lepas semuaaa dlm hati ! Dia bukan apa, Mira tak suka kalau sesuatu yg Mira buat tu, Mira tak dpt buat yg terbaik dan org tak puas hati, Mira rasa mcm sedih sgt sgt. Sampai dlm hati ni fkr balik kenapalaaahhh kau terima offer ni. Dah lah watak utama, setiap hari ada shooting, semua scenes ada Mira. Mcm mana Mira nk hadap semua ni, kalau first day pun Mira dh frust gila. Dlm kepala Mira dh set yg Mira tak nak berlakon lg ! Bayangkn rasa frust tu sampai dh set mind mcm tu sekali ?




Second day.

Second day ni, ada pelakon lain. Ada Mustapha Kamal, yg jd abah Mira dlm cerita ni, Susan Menon, mama Mira dgn Boboi, jd adik Mira dlm cerita ni. Mira rasa happy sgt bila dpt tahu Mustapha Kamal akn jd abah Mira dlm cerita ni (: Sbb Mira mmg banyak tgok dia berlakon, dia mmg sesuaaaii sgt watak seorg ayah yg penyayang. Kan ?! Cth mcm Awan Dania (:

Masa Mira dtg shooting set hari kedua ni, mmg nampak mata bengkak, dgn tak cukup tidurnya, menangis plak malam semua. Mmg berat hati ni masa nk pg shooting second day ni. Mira rasa mcm nk quit pagi tu. Rasa lah, tp mana boleh kan -.- kita dh start first day nk main quit2 plak, kena saman baru tahu. So Mira dgn redha, pasrah, (ayat tak boleh blah, eh tp betul ! tu perkataan paling sesuai. hehe) cuba naikkan semangat utk hari kedua shooting ni.

First scene masa second day tu Mira dgn Mustapha Kamal je. Sebelum start shooting Mira ckp dgn dia, "Uncle, ni first time Mira berlakon. Sorry kalau nanti banyak take". Dia plak senyum kt Mira, kata "tak apaaa" (: Senyum dia tu buat Mira rasa selesaaaa sgt. Sangat "fatherly". Haha.

Next scene plak, scene Mira dgn Susan Menon, dgn 'mama' Mira. Mira sukaaaa tgok dia, cantik (: Maklumlah, bekas ratu cantik Malaysia. Dia panggil Mira, Laila. Sbb nama watak Mira dlm cerita ni 'Laila'. "Come Laila, sit here with your mummy". Mira ni sebenarnya jenis yg tak reti bersembang. Serious. Mira bukan jenis yg sombong, Mira senaangg sgt nk senyum dkt org, tp Mira tak reti bersembang ! Mira tak reti nk bersembang kalau dgn org yg baru Mira kenal. Membosankan, kan ? :( tp kalau dh kenal, lain cerita lah. Hehe. Banyak lah Susan Menon ni tanya Mira, dia tanya Mira, Mira minat ke berlakon, apa Mira rasa bila berlakon, suka ke tak, and last dia tanya, Mira nk berlakon lg ke tak. Automatic Mira ckp "tak kot". Bila org tanya mcm tu, dia timbul satu rasa yg mcm sedihhhh sgt. Sedih sbb Mira tak boleh buat. Lepas tu Mummy Susan (Susan Menon suruh Mira panggil dia 'Mummy Susan' sbb dia tak nak Mira panggil dia aunty, haha) dia pgg tangan Mira, dia ckp slow2. Dia kata kdg2 kita tak tahu, maybe ini rezeki Mira walaupun Mira tak pernah terfkr pun psl berlakon. Tak pernah2 berlakon tiba2 dpt watak utama. Haa dia kata, mmg ini rezeki. Mungkin awal2 lg Mira rasa tak selesa, lama lama Mira sendiri akn suka berlakon. Dia kata, mungkin rezeki Mira dlm bidang ni, who knows ?. Bila dia ckp mcm tu, Mira mmg tak tahu nk respon apa, senyum je. Tp Mira sukaaaa sgt dia pgg tangan Mira, sbb Mira dpt support dpd org lain. Bayangkan masa first day, langsung tak ada siapa nk bg kata semangat, hari ni (second day), Mummy Susan banyaaakkk sgt bg kata2 semangat.






Lepas hbs sembang dgn dia, scene Mira dgn dia plak. Dlm scene ni, dia ada bab marah dan pujuk memujuk sikit antara anak dan ibu. Dalam scene tu, masa Mummy Susan ni berlakon jd marah, sumpah Mira rasa takut sgt ! Mcm real ! :D Mira nampak mcm mak Mira sendiri betul2 marah ! Hahaha. Tp Mira mcm nk tergelak sbb tiba2 muka mak Mira tgh marah terkeluar -.- Mcm manaa tiba2 muncul mak tah :p Nampak tak berkesannya lakonan Mummy Susan ? Then bila bab pujuk memujuk tu, dia pesan kt Mira, "be real". Kita berlakon ni jd diri kita sendiri. Mcm mana kalau mak kita marah kita, mcm tu jgak lah kita kena tunjuk dlm berlakon. Mst nampak real. Mira banyaakk sgt belajar dpd apa yg Mira nampak. Bila Mira tgok Mummy Susan, baru Mira faham sbnrnya mcm mana nk berlakon. Scene tu Mira rasa lega, happy semua perasaan positif sbb Mira dpt buat dgn baik ! Alhamdullillah. Baru lah Mira rasa lega sikit, and Mira baru faham sikit2 dgn 'berlakon' ni (:

P/S : Kalau korang perasan, semuaaa gambar shooting Dunia Lola yg Mira post dkt Insta ke apa ke, mst Mira ada pakai warna hijau. Tak kesah lah tudung ke, inner ke, baju ke, mst kena ada hijau ! Semua sbb Sunsilk ! :p Tgok bilik Laila pun warna hijau k semuaaa. Hehe.





OUH, dah lama Mira tak check fb semua. Lately ni banyak sgt bgtau Mira banyak fake acc fb/twitter. So nk minta tlg ramai ramai tlg reportkan boleh ?

Facebook :


Twitter : 

Tak tahu lah kalau ada yg lain ke tak, but so far ni je yg Mira jumpa. Mira malas sgt nk ambil port pasal benda2 mcm ni sbb dah banyak sgt. Tp takut fake acc ni salah guna gambar Mira, so kita report je lah atau block. Tolong eh ? (: Thank you <3




Voice over !

$
0
0
Assalamualaikum (:

(hiraukan eyebag plssss. Panda sgt)

Siapa tengok Dunia Lola episod 2 td ? YaAllah teruknyaaaaaa *ckpdekatdirisendiri*. Hahaha. Sebenarnya kalau ada yg perasan episod td banyak 'voice over'. Tahu voice over tu apa ? Maksudnya scene yg kita berlakon tanpa berckp, suara rekod kemudian. Hehe

Haaaaaaaaa. Ni laaahh yg susah bg Mira. Mira rasa lg senang kita berlakon bila kita berckp. Sekurang2nya kita boleh buat memek muka tu serentak dan sesuai dgn apa yg kita nak ckp tu kan ? Hehe, ni tak. Mira rasa episod 2 td masa banyaaakkk sgt voice over tu kan, masa Mira berlakon, Mira sendiri tak berapa ingt memek muka mcm mana kena buat sbb Mira sendiri tak berapa nk ingat skrip Mira utk voice over. Teruk betul -.-' dan hasilnyaaa mmg teruk. 

So tak apa lah ye, redha je. Shooting dah lepas. InsyaAllah lain kali kalau ada rezeki kita improve lg yeeeeee. Hehe, insyaAllah (: Ni namanya proses pembelajaran. Bila Mira sendiri tgok Mira dkt tv, Mira sendiri dpt detect apa salah silap dan kekurangan Mira. 

Maaf ye kalau ada mana mana kekurangan dlm Dunia Lola tu ? (: Bye ! <3




Hellooooooo JStore !

$
0
0
Assalamualaikum,

Sesiapa yg follow Jovian Mandagie dkt instagram, mesti dah tahu JStore tu apa. Hehehehehe :D 

JStore, merupakan butik baru Jovian Mandagie di Jalan Maarof, Bangsar ! Yg bestnyaaaaa, dlm butik baru ni ada koleksi RTW (Ready To Wear) Jovian yg korang tak perlu lg beli through online ! :D Ouh, tp koleksi2 baru spt Jova, Orked for Tesco dgn Falling Feathers belum ada laaaagii lah (: tu semua collaboration Jovian dgn Fashion Valet, Tesco dan Zalora. 

Dkt butik ni ada macaaamm macam, ada koleksi2 RTW Jovian yg lepas, ada koleksi2 casual wear, ada JHomme !, hehe ada handbaaagggg, ada accessories DAAANNN yg paling penting ada JHijab(: 

First day opening of JStore, hari Jumaat ni pukul 10 pg sampai 8 mlm.
112, Jalan Maarof Bangsar.

Sesiapa nk shopping, singgah lah siniii ! I'm very sure, you gonna love it ! <3
Hehe sbelum tu tgok dlu gambar2 pelancaran JStore semalam (:

BIG 'J"

Can you see what I see ? Hehehe.
That's me ! Thank you Jovian :*

Ketibaan tuan puteri memakai Jelana by Jovian Mandagie dan JHijab Seha (:





Ni baruuuu level bawah. Tingkat 2, 3, 4 korang boleh tgok dkt http://www.keek.com/MiraFilzah !
Liveeee Mira tunjuk korang. Hehe

Sampai sampai sana kita tukar baju, 
pakai Jaxine by Jovian Mandagie dan JHijab Sakura ! :D

With the big boss Jovian Mandagie, and his cute girlfriend Nina.

Aunty Mira with Miraaaaa ! :D

With Lisa Surihani (I adoreeee her so much. Duduk dkt2 nak amik aura sikit, haha) 
and my JHijab sista, Amelia ! <3
Kalau nak tahu koleksi Jovian dan Lisa yg baru, tunggu June ni (;
#LSforJovian

**Sesiapa nk tahu pasal koleksi ni, boleh baca dkt rotikaya.com

Mak cik ni suka datang hulur dekat2 banyak kali, dah lah saya tak boleh tolak benda benda manis mcm nii.

Eheemmmm, cantik kaann ? (:

Habis dahhhh !





















HIJAB TUTORIAL: Tutorial Sunsilk Twist

$
0
0
Assalamualaikum.


K, ada yg kata takut dgn video Mira td sbb Mira tak pernah marah, ada yg kesian, ada yg sukaaaaaa tgok cara Mira meluahkan rasa marah tu, dan haaaaa k. K, haha. So, Mira dah privatekan video tu. Sbb org yg Mira nk bg dia tgok, dah tgok. Cukup lah tu. 

Setelah keadaan menjadi suram sikit dgn entri Mira yg lepas, mari menceriakan keadaan dgn belajar tutorial baru, ikatan ikonik "Sunsilk Twist" !  hehehe :D

Kalau korang perasan, iklan baru Sunsilk dlm tv, Heliza pakai tudung mcm ni (:

Sunsilk Twist
**tekan link ni. Mira tak boleh upload video dkt sini :/

COMEL kan suara kakak sorang ni ? hehehe



Cuba lah ! <3


P/S: Received many positive comments from you guys. Thank you so much, thank you for the support, I really need this to stay strong. Thank you readers ! xx










MAKEUP TIPS: Raya and Makeup

$
0
0
Hellooooo people and Assalamualaikum ! (:

It's have been a long time kan since my last post. Lamaaaa sgt. My last post was on June ! And skrg dah nak dkt end of August. Hmm sebenarnya Mira terfikir utk tutup blog ni, maksudnya tak berblogging dah lah atas sebab sebab tertentu lah kan. Tapi bila dah lama lama, rasa rindu plak. Kenapa kita nk stop buat benda yg kita suka sbb org lain tak suka kan ? Well, kalau org dah tak suka tu tak suka jgak lah. Tak boleh buat apa. So ignore the haters and live life to the fullest (:

Okay, so today's entry Mira akn ckp psl makeup during last Hari Raya ! Not exactly Hari Raya, sebenarnya time ni ada wedding. So yeah, makeup lebih sikit :p Hehe.

Since last few months,I spend most of my time infront of the mirror and main makeup makeup. Haha mcm tak ada kerjakan ? -.- Kadang2 makeup kakak and adik Mira. Dorang jd mangsa eksperimen. Kalau buruk, cuba lagi. Kalau lawa, bahagia selamanya sbb berjaya. Haha. But I'm in love with makeup stuffs. Mira akan tgok makeup tutorials dkt YouTube lepas tu try lah.




Ini kononnya contoh makeup yg Mira nk try utk wedding hari tu. Mira nak guna warna bronze dgn brown. Tp sebabkan hari "tu" nk cpt sgt, sbb nk kena makeup diri sendiri, kakak dgn adik, so dia hentam sahaja.

HASILNYA ?


Haa ada lah bronze dgn brown sikit2. Plus Mira makeup hari tu dkt bilik gelap. Lampu dah lah tak terang, warna kuning plak tu. So Mira tak boleh nk beza sgt warna bronze dgn brown yg Mira dah sapu dkt mata :/ Last2 blend in je dua dua colour tu.

1. Utk eyeshadow, Mira guna warna bronze (dalam) + brown (luar)
2. Liquid eyeliner warna hitam, buat cat eye sikit sbb nk bagi mata naik.
3. Pencil eye liner warna putih utk bwh mata utk nampak mata bagi besar.
4. Mascara"Big Eye" from Silky Girl. Serious mascara ni memanjangkan bulu mata ! Dah lah MUR ! (Mur = murah)



Untuk makeup kakak Mira plak, Mira buat emmm simple je. Warna2 brown jgak. Tp kakak Mira ni tak suka makeup sgt. Dia kalau boleh nk pakai eyeliner je. Mascara pun dia tak nak pakai :/ So utk wedding tu mira pakaikan dia eyeshadow sikit dgn lukis eyebrow dia.

Eyebrow Along (panggilan kakak Mira) sgt serabut k. Serabut lah jgak. So apa yg Mira buat, Mira lukis eyebrow dia buat line guna eyebrow pencil Elianto, and warnakan dalam guna eyebrow pencil Silky Girl. Baki2 bulu kening yg bertaburan diluar lukisan kening tu Mira cover guna eye concelear dgn bedak (: As simple as that !


  
So this is Aina ! Adik Mira. Ignore muncung itik tu fokus pada mata. MATA. Sbb tu ada bulat disitu. Haha.


Masalah Aina, hm dia tak ada bulu kening (NANGIS !) Bukan  tak ada langsung lah tp nipissss sgt mmg tak nampak bentuk. Susah sikit lah :/ Banyak kali Mira adjust kening dia. Hasilnya, jadilah setebal gini. Tak apa lah, since dia pengapit hari tu, tak apa kening tebal2. Hehe, nampak lah dpd atas pelamin tu. 

Step yg sama Mira buat, lukis dulu bentuk guna eyebrow pencil Elianto and warna dkt dlm guna eyebrow pencil Silky Girl.
 (will upload photos of my makeup stuffs soon !)



That's all for now, thanks for reading ! (:

P/S: Tudung yg Mira pakai tu actually tudung bawal empat segi. Tp Mira pakai lain sikit ! Pakai mcm shawl (:

(Utk gambar full outfit boleh tengok insta Mira : j_mirafilzah)





MAKEUP TIPS: Loose Powder, Pressed Powder or Two Way Foundation Powder ?

$
0
0
Assalamualaikum.

Hi gadis gadis ! Pernah awk semua tahu apa beza loose powder, pressed powder (compact powder) atau bb two way foundation powder ?

Keeeeee tak kesah guna mana mana je sama asalkan bedak muka ? Haha. K sini kita discuss sikit apa beza ye.

1. Loose powder 

Pilihan loose powder Mira, loose powder Elianto. Skrg tgh ada sale 50% okay LOOSE POWDER ! Siapa tak ada lagi boleh meluru ke Elianto skrg.



Loose powder adalah sejenis bedak serbuk. Loose powder ni Mira banyak tgok makeup2 artis guna. Sbb loose powder ni sesuai digunakan selepas kita pakai foundation. Nnt kulit kita nampak flawlesssssssss je (: Mira selalu guna loose powder bila nk makeup utk hari Raya ke ada event ke apa ke. Haa. Sbb bg Mira, hasil loose powder ni lebih tahan lama dan cantik. Loose powder ni kita boleh guna sponge yg dia sediakan tu atau pun guna berus mcm berus utk blusher tu.




Ni contoh guna loose powder lepas guna foundation. Tambah lagi kena cahaya matahari, silau terus ! Haha.

KESIMPULAN: pakai loose powder dgn foundation dan pada bila bila masa ada majlis-majlis atau bila rasa nk mulus dan cantik lebih ! :p


2. Compressed powder (Compact powder bulat)

Haa ni Mira rasa semua org pun ada. Compressed powder. Compressed powder ni bentuk dia mst bulat ! Tak kesah lah jenama Maybelline ke, Garneir ke, Johnson&Johnson ke, mesti bulat !


Compressed powder ni Mira selalu guna daily. Contoh utk pg class. Mmg setiap hari pakai. Tp pakai tu je tak ada pakai foundation ke apa. Pendapat Mira lah, compressed powder tak kekal lama sgt and compact powder ni sesuai utk touch up. Bila rasa dah berpeluh ke, hidung dah berminyak ke, touch up guna compressed powder (: itu gunanya size dia kecik dan bulat. Senang bwk kemana mana utk touch up.

KESIMPULAN: compact powder boleh guna harian, sesuai utk touch up dan murah berbanding yg lain !



3. Two way foundation (Compact powder panjang)





Two way foundation/ BB two way foundation/ two way cake ni ada laaahh, haa ini lah ghupenya. Haha. Size dia mst panjang ! Ingat ye, panjang. Kalau compact powder, bulat. Mira start mengkaji apa beza antara dua ni sejak dlu masa Mira cari compact powder tp dah hbs terus Mira amik ni. Mira ingat sama je, size yg lain. Tp beza :/ bila sapu two way foundation powder ni bedak dia lg pekat. Maksudnya bedak dia lg tebal. Cepat je putih :O

Okay, two way foundation powder ni coverage dia lebih mulus dpd compressed powder. Hmm apaaa ye ayat sesuai. Haa "heavier coverage".

Kenapaaaa ada nama "foundation", sbb two way foundation ni adalah foundation dlm bentuk kering. Kenapa "two way" plak, sbb kita boleh guna bedak ni dlm bentuk kering atau basah. Kan dia foundation. So caranya kalau nk guna dlm bentuk basah, basahkan je sikit sponge dia lepas tu sapu bedak mcm biasa (: Mengikut kajian Mira, cewah. Emmm bila kita basahkan sponge dia, hasil dia lebih cantik. Bak ayat di atas tadi, "more coverage".


Mira guna Silky White. Tp sama je semua jenama. Mira amik Silky White sbb murah sikit compare dgn Maybelline :p Hiks



Ini adalah gambar dua hari lepas. Gambar ni diambil didalam rumah jiran pada waktu malam sbb dia buat open house. Err kena bgtau ke -.- K tak. Kesimpulannya skrg, kulit boleh nampak mulus dgn two way foundation powder. (Yg ni Mira basahkan sponge.) 


Sumber gambar bedak: Google. Thank you Google.



Viewing all 40 articles
Browse latest View live