Quantcast
Channel: MIRA FILZAH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 40

International Conference On Consumerism 2013

$
0
0
Assalamualaikum, 

hari ni Mira nk promote sikit psl International Conference on Consumerism 2013. Semua tahu kan "Consumerism" tu apaaaa kaann ? (:

hari ni Mira nak ckp psl hak pengguna sikit. hehe formal plak entri kita kali ni :p tp tak pe ! Hak pengguna tu penting k. *muka serious* Kita sebagai pengguna patut tahu hak kita. Jangan pandang remeh hal hal mcm ni. Kdg2 kita ni sebagai pengguna boleh kena tipu lah apa lah, so we should aware psl benda benda kecik mcm ni. Contoh, pernah tak korang beli sesuatu barangg, balik rumah korang dpt tahu barang tu rosak, bila nk tukar balik tak boleh. Pernah tak ? Rasa rugii sgt kan. Rasa mcm kena tipu pun ada ! So ini lah masanya utk kita tahu hak hak kita sbgai pengguna.

Pernah kita ambil tahu hak hak kita sebagai pengguna ? Haaa. Kita ada 8 hak pengguna:

1. Hak utk mendapat keperluan asas
2. Hak utk dpt barang dan perkhidmatan yg selamat
3. Hak utk mendapat maklumat
4. Hak utk membuat pilihan
5. Hak utk menyuarakan pendapat
6. Hak utk dpt ganti rugi 
7. Hak utk mendapat pendidikan pengguna
8. Hak utk hidup dlm alam sekitar yg sihat dan selamat


Bawah ni ada short note sikit psl International Conference on Consumerism 2013, 



"Assalamualaikum, salam sejahtera and Happy Thaipusam to all Hindus out there!
Adakah anda pernah ambil kisah mengenai apa yang berlaku setiap kali musim perayaan? Adakah anda pernah ke pasar untuk membeli bahan basah dan tanpa sedar harga barangan tersebut meningkat saban tahun? Adakah anda pernah membeli pengering rambut dan selepas gunakan tak sampai sebulan, ianya rosak dan anda gagal untuk mendapatkan ganti rugi daripada penjual?

Sebagai seorang manusia biasa, hidup sebagai salah satu bahagian dalam masyarakat anda pasti akan mengalami situasi-situasi di atas. Tidak kira la anda merupakan seorang peguam, seorang guru atau seorang suri rumah sepenuh masa, anda mesti sekurang-kurangnya ambil peduli terhadap apa yang berlaku kerana pada hari ini, pada ketika anda membaca ini masih ramai lagi di antara kita yang tak tahu ataupun buat-buat tak tahu terhadap hak-hak kita sebagai seorang pengguna. Ya, hak anda sebagai pengguna lebih daripada sekadar warranty dan ganti rugi.

Oleh sebab itu, saya menjemput saudara-saudari, tidak kira latar belakang sama ada anda merupakan seorang pensyarah, kaki Twitter atau Facebook, peguam, pelajar undang-undang, ahli perniagaan, suri rumah, model sambilan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai kami di dalam International Conference on Consumerismyang akan berlangsung pada 27 Mac 2013di Hotel Equatorial Bangi. Program satu hari ini dijalankan dengan kerjasama Consumers International yang beribu pejabat di London dan Sekolah Undang-Undang UKM.  Selain menarik minat industrialis untuk melihat pelbagai aspek consumerism, program ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada pelbagai latar belakang masyarakat untuk berbincang mengenai undang-undang pengguna dan kepenggunaan selain mendedahkan peserta terhadap pelbagai hak dan kepentingan di dalam celah-celah kepenggunaan ini.

Suatu pelaburan yang kita semua tidak harus sesali adalah pelaburan untuk menuntut ilmu dan lebih-lebih lagi ilmu mengenai kepenggunaanini melebihi ilmu sains, matematik dan bahasa kerana kepenggunaan itu sendiri melangkaui aspek yang jauh lebih besar dari ilmu-ilmu yang disebutkan tadi. Jangan lepaskan peluang kerana sehingga hari ini kami sudah mempunyai lebih 80 pembentang kertas kerja daripada dalam dan luar negara, selain akan didahului dengan tiga ucaptama dari Profesor Undang-Undang dari Jepun, Arab Saudi dan Consumers International sendiri. 

Untuk pendaftaran anda boleh rujuk ke website www.ukm.my/icc2013/
Atau hubungi terus Ms Rohaidaa Shaari di Pejabat Am Sekolah Undang-Undang UKM di talian
 03-89216820 atau 03- 89216355
Atau anda boleh emailkan sebarang pertanyaan ke iccukm2013.gmail.com
Jangan lepaskan peluang ini kerana kami ada harga khas untuk pelajar.
*Penulis adalah pelajar di Sekolah Undang-Undang UKM dan merupakan Ahli Jawatankuasa ICC2013"


Ayuh semua mahasiswa, mahasiswi, pak cik pak cik, mak cik mak cik ! 
Jom kita pg International Conference on Consumerism ni utk tahu hak hak kita sebagai pengguna ! haa yg students UKM ni digalakkan pg, hehe siapa lg nk sokong program Universiti kalau bukan pelajarnya sendiri kan ? (:

P/S: Semua yg tulisan warna pink tu Mira yg buat, hehehehe :p bg ceriaaa sikit ! Cuba baca tulisan yg warna pink tu semua ?! Cool tak cool ada profesor dpd Jepun dgn Arab Saudi ! So sesiapa yg berminat utk join conference ni boleh contact number yg ada tertera diatas yeee (:







Viewing all articles
Browse latest Browse all 40

Trending Articles