Quantcast
Channel: MIRA FILZAH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 40

Ceritera Cinta

$
0
0
Tajuk tak ada kaitan. Sila ignore. Tak tahu nk letak tajuk apa -.-

"Aku terima nikahnya ..... dengan mas kahwin .... tunaaaii".

Ehh ni bukan filem Aku Terima Nikahnya k. haha Mira nk cerita psl wedding kakak sedara je (: rasa syahdu sgt bila dgr pengantin lelaki lafaz akad nikah. Rasa sedih pun ada. Bila saat lafaz akad nikah tu, saya perhatikan je, muka ayah dan mak sedara saya. Apaaaa laahh dlm hati dorang bila depan mata dorang, saat tu, anak perempuan mereka telah pun jd isteri kpd sesorg. Automatik, tanggungjawab pun berpindah kepada si suami. hmm

Tp apa yg menariknya ttg perkahwinan kakak sedara Mira ni (nama dia Lisa), dia berkahwin dgn bf dia yg dah 7 tahun together. Lamaaaaaaa sgt :') rasa mcm sweet plak, hehe bukan senang tau satu hubungan yg tak ada ikatan sah utk bertahan sampai 7 tahun kan ? Tp adaaaa je yg lebih lama dpd tu pun ada. Ikut jodohlah kan, kalau ada insyaAllah sampai bila bila pun bertahan.

Tiba tiba je masa akad nikah tu, saya terfikir, mcm mana eh kalau saya dkt tempat pengantin ? Apa rasa dia ? Sedih ? Nervous ? Apa mak abah rasaaa ? Menangis tak dorg ? Maaacammm macam tau timbul dlm kepala otak ni. Haha alang alang dh fikir psl ni terus fikir nnt nikah nk baju warna apa, kahwin baju warna apa. haihhh -.-" dpd kecik memaangg suka berangan. 

k tak pe lah, kita sajikan awk awk semua dgn gambar gambaaar ye ! (: hehe gambar pengantin, dan gambar diri sendiri. #Eh!






kenalkaann, pengantin dan pengapit pengantin. hehe :p

Lace Ara Dress dgn Maggie Shawl dpd CalaQisya




Baju peplum dpd Zawara. Tudung bawal yg dibelit tah mcm mana :/

Gambar dpd : Phone sendiri
Syauqi Venture Creative &
Arepitz Imaginationz.


Ouh, lagi satu yg saya nk cerita psl adat perkahwinan. Hehe pernah dgr acara campak duit ? :D haaa ni saya pun baru tahu masa wedding kakak sedara hari tu. Lepas bersanding, malam tu ada buat makan makan dkt rumah, so mlm tu jgak ada dua acara, iaitu acara buka hadiah (k tu biasa je) dannnn acara campak duit.

Haa acara campak duit ni rasanya kalau family besar besar seronok lah kot. bayangkan, mak sedara Mira ni ada 18 org adik beradik. Besar tak besar keluarga ni ? haa main campak campak duit berapa tah boleh dpt. Hehe. Acara campak duit ni bg saya mcm sesi kenalkan saudara mara dkt menantu baru lah kan. Sbb acara ni, mula dgn ahli keluarga yg paling tuaaa, kemudian campak duit (sebenarnya letak je duit dlm bekas dpn pengantin, hehe) dkt pengantin diikut dgn yg paling mudaa. Yg dh kerja je lah.

Haa mlm tu jgak ada anugerah anugerah ! Hehe contoh anugerah, anugerah baju paling cantik, anugerah dayang2 tak diiktiraf, anugerah malapetaka, anugerah kanak kanak malapetaka, anugerah paling kecoh. haha seronooookkk sgt (: Ye lah, keluarga besar ni macam macam sikit kerenah. Tambah lg kalau wedding tu masing2 tlg antara satu sama lain kann. Ada yg buat kek jatuh lah apa lah, apa lah, so anugerah dia pelbagai sikit ! :p


 
Malam acara campak duit dan buka hadiah (:

Emmmm, ni soalan yg tak ada kaitaaannn. Sudahkah, andakah, belikah, Majalah Hijabista ? (:

shoot ni merupakan satu2nya shoot yg dpt diselit antara class yg sangaat pack ! haih time shoot ni pun sebenarnya kelam kabut sgt. Alhamdulillah, nasib baik hasil dia okay (: 

utk gambar selanjutnya, beli lah Hijabista edisi 6 - Disember.


P/S : Bersyukur sgt, walaupun dah banyak kali tolak shoot, tp tetap jgak wartawan panggil shoot sana sini. Banyak sgt dpt call utk shoot. Tp nk buat mcm manaa, mana ada masaaa. kalau nk skip class sbb shoot je mmg tak lah :/ insyaAllah, Mira akn aktif balik shoot2 semua ni thn depan lepas habis semester 1. hehe (aktif utk sebulan je)

"terima kasih yaAllah, atas segala rezeki yg telah kau berikah. Amin"


Apa kata alang2 lepas solat dah doa utk diri sendiri, keluarga semua tu kan ? Haa doa sekali untuk umat Islam yg lain. Untuk Gaza. Untuk Dunia dan untuk Akhirat. Selain boikot, derma, Mira rasa doa pun sangat penting. Lg ramai berdoa, lg Allah perkenankan doa kita. InsyaAllah



Viewing all articles
Browse latest Browse all 40

Trending Articles